Sunday, March 22, 2009
♥ Blow th candles out, looks like a solo tonight.
5.37 PM;
Aku tidak tahu apa harus aku lakukan lagi. Tiada erti buatku hidup lagi. Aku hanya menyusahkan abangku. Ayahku sudah tiada lagi kerana telah dijangkiti kancer jantung beberapa bulan yang lalu. Ibuku berada di hospital dan dalam koma kerana dilanggar apabila mendapat berita ayah sudah meninggal dunia. Aku adalah anak kedua. Abangku selalu sibuk dengan sekolah dan pekerjaan. Jika tiada abang, aku tidak ada sesiapa lagi. Abangku, Firdaus, selalu ada untukku tetapi aku selalu memikir yang aku menyusahkan dia. Abangku selalu harus bekerja kerana mahu membayar bil hospital dan mengunakkan untuk hidup kami berdua seperti bayaran sekolah dan sebagainya. Kami tidak ada cukup makanan di rumah tetapi kami masih boleh hidup seperti ini.
Aku telah berjanji kepada abangku yang aku akan bekerja apabila saya lebih dewasa jadi kami boleh hidup lebih senang. Dahulu, aku mahu berhenti sekolah kerana aku mahu meringankan masalah abang. Dia menolak dan memberitahu aku harus bersambung sekolah. Dia juga mengata ibu dan ayah mesti tidak mahuku berhenti sekolah. Aku mendengar cakap abang. Setiap hari, selepas sekolah jika aku tiada kelas tambahan atau CCA, saya akan ke hospital untuk melawat ibu. Apabila aku bersama ibu, aku akan mengingat masa dahulu, apabila kami sekeluarga bersama, gembira dan tiada masalah. Aku sedih melihat nasib kami begini. Setiap hari ku akan berdoa kepada Allah dan berdoa agar ibuku akan sedar secepat mungkin. Aku merindu ibu. Doktor memberitahu aku dan abang bahawa dia juga tidak pasti bila ibu akan sedar dan kritikalnya masih tidak stabil. Abang pula akan melawat ibu setiap malam kerana tidak ada masa. Dia lebih menderita daripada aku kerana abang telah dipecat dua atau tiga kali kerana tidak membuat kerja dengan betul. Abang telah bekerja sebagai pembersih di tempat makanan sebagai Macdonalds dan Kfc. Aku tahu mengapa abang tidak membuat kerja dengan betul. Ia kerana abang terlalu penat dan banyak di fikiran.
Tidak lama lagi, hospital telefon dan memberitahu yang ibu sudah meninggal dunia. Aku tidak percaya dan menangis terisak-isak. Aku menelefon abang secepatnya dan abang segera menurun. Ibu dikuburkan. Sekarang aku hanya ada abang di sisiku. Aku dan abang telah menerima kenyataan. Sampai sekarang abang masih bekerja dan aku akan mula bekerja tahun depan jadi aku boleh menolong abang. Aku merindu ibu dan ayah. Itu semua adalah kenangan manis yang aku akan mengingati selama-lamanya.
Saturday, March 21, 2009
♥ Blow th candles out, looks like a solo tonight.
12:30 AM;
Dari video yang saya telah menonton, ia selalu melibatkan remaja-remaja masa kini.
Kes buli siber boleh didapati dalam ruangan seperti telefon bimbit, e-mel, memasuki
akaun-akaun orang yang lain, permainan di siber dan internet yang senang mendapati
informasi tentang akaun orang lain. Kes seperti ini boleh dibawa lebih lama daripada
kes buli seperti di sekolah kerana kes buli akan mengikuti kamu kerana telefon bimbit
atau memasuki internet.
Saya pernah dibuli di ruang siber oleh dua murid sekolah. Ia semua berlaku 2 dua tahun yang lalu. Dua budak murid ini telah mula menghantar banyak sms dan satu hari, saya memberitahu mereka yang saya macam tidak mahu layan lagi. Selepas itu, mereka memaki-maki saya berkali-kali. Saya mempedulikan mereka. Pada waktu itu, seluruh tingkatan darjah enam akan mengadakan "Graduation Night" tidak lama lagi. Jadi, pada suatu hari, saya dan ramai kawan yang dari band saya mahu pergi berlatih.
Kami telah berlatih di rumah kawan saya. Dua budak lelaki itu, tidak berhenti memaki saya. Jadi, saya memberitahu kawan-kawan saya. Kawan saya pula, tidak begitu gembira dan memaki mereka balik dengan mengunakan telefon bimbit saya. Saya tidak tahu yang saya telah membuat silap kerana, dua budak murid itu, memberitahu keluarga mereka yang saya memulakan semua ini. Mereka juga mengata yang saya asyik memaki mereka. Yang saya tidak menggunakan akal, saya telah buang semua sms-es itu, jadi saya tidak ada bukti. Ibu murid-murid itu pula, mendapat telefon rumah saya dan memberitahu ibubapa saya. Sebelum itu, saya sudah memberitahu ibubapa tetapi mereka tidak peduli. Apabila ibubapa saya mendapati telefon daripada ibu murid-murid itu, saya sedang siap-siap di rumah kawan saya kerana itu adalah hari "Graduation Night". Ibubapa saya memarahi saya berkali-kali walaupun saya memberitahu mereka yang bukan saya yang sms semua itu. Mereka menanya siapa tetapi saya tidak mahu mengata yang ia sebenarnya kawan saya kerana saya tidak mahu kawan saya dalam masalah. Kerana itu, saya digalakkan pergi untuk "Graduation Night" itu. Selepas itu, saya meletak telefon dan tidak berhenti menangis. Kawan-kawan saya memujuk saya dan kerana mereka mahu saya pergi untuk "Graduation Night" itu kerana saya dalam band itu, mereka memberitahu ibubapa saya yang ia adalah mereka. Ibubapa saya pun mengizinkan saya dan berbual bersama ibu keluarga itu.
Dari pengalaman yang saya telah mengalami dua tahun yang lalu, saya mempelajari yang saya tidak akan melayan dan membalas sms seperti ini dan memberitahu ibubapa, guru di sekolah dan pihak polis tentang ini. Saya rasa yang ini selalu berlaku terhadap diri pelajar kerana kadang-kala pelajar itu lebih bijak, atau pelajar itu pernah menganggu pihak yang lain tetapi mengambil hal itu sebagai gurauan. Sebagai individu, saya boleh menasihati kawan-kawan saya apabila mengalami perkara ini dan kalau mereka masih belum pasti, saya boleh ceritakan pengalaman saya. Saya akan memberitahu kawan saya untuk memberitahu ibubapa, guru atau pihak polis. Ibubapa boleh berbual dengan ibubapa murid-murid yang lagi satu itu dan membincang. Untuk guru pula, guru itu akan menolong kedua-dua pihak untuk menyelesaikan masalah. Untuk polis pula, mereka akan agaknya, menahan dan menasihati dengan banyak informasi tentang kes siber buli.
Saturday, July 12, 2008
♥ Blow th candles out, looks like a solo tonight.
Pada waktu cuti sekolah ,
saya telah ke konsert The Click Five .
Sebuah band yang saya sangat minat .
Ia semua bermula pada 1hb Jun pada pukul 4 lebih ,
saya bersiap-siap untuk berjumpa dengan kawan-kawan saya ,
Juliana , Alin , Leonard , Belinda , Kennedy dan Alexandra di Mrt Dover .
Apabila saya sampai di sana ,
hanya Juliana , Belinda dan Alexandra di sana .
Kami tunggu untuk Alin dan Kennedy untuk sampai .
Tidak lama lagi mereka datang .
Kami semua berangkat ke Mrt Kallang .
Di sana , kami sudah berasa lapar ,
jadi kami jalan lima minit dari Mrt itu ke sebuah
kedai kopi .
Alin , Juliana dan saya , makan di sebuah kedai kopi
yang bernama Ismam .
Belinda , Alexandra dan Kennedy pula makan di
restoran cina tidak jauh dari tempat kami makan .
Kami pun berpisah . Selepas makan tengah hari ,
kami tinggal dari tempat itu dan menunggu untuk teksi .
Kami semua berpisah dalam kumpulan bertiga lagi untuk
naik teksi ke Singapore Indoor Stadium .
Pada waktu itu , sudah pukul lima setengah .Tidak lama kemudian kami sampai di Stadium .
Kami lihat sudah ada ramai orang di sana .
Kami sekumpulan pun ke sebuah kedai kecil yang
menjual barang-barang The Click Five .
Saya telah membeli sehelai t-shirt dan sebatang stik lampu
berwarna-warni untuk konsert itu .
Di kedai itu juga ,
saya telah mengambil poster yang percuma .
Kami semua terus beratur bersama semua orang yang lain .
Tidak lama lagi kami sudah sampai di entrans stadium itu
dan saya risau kerana Leonard belum sampai lagi .
Saya telefon dia berkali-kali .
Selepas kami sudah masuk , saya tunggu di luar pintu
untuk menuggunya .
Kawan-kawan saya yang lain semua sudah masuk kecuali saya .
Tidak lama kemudian , Leonard sampai dan saya takut kalau dia
harus beratur untuk masuk tetapi seorang pekerja di situ
membenarkan Leonard masuk kerana saya ada .
Selepas itu , kami masuk Stadium itu dan
kawan-kawan saya yang lain semua sudah menjumpa suatu tempat untuk diri .
Tempat itu di depan sekali tetapi di tepi pentas .
Walaupun di tepi pentas , saya gembira juga kerana boleh lihat dengan jelas .Kami semua ingat konsert itu akan bermula pada pukul lapan tetapi mula
pada pukul lapan setengah .
Pada konsert itu , yang paling banyak menyanyi dan lompat adalah
saya dan juliana .
Alexandra , Alin , Belinda dan Kennedy melompat kadang kala sahaja .
Leonard pula , tidak lompat untuk seluruh konsert itu .
Konsert itu habis pada pukul sepuluh lebih .
Kami pun duduk sebentar dan mengambil gambar .
Apabila mahu keluar stadium itu ,
kami semua lihat seorang perempuan remaja yang sedang
menangis kuat-kuat kerana tidak dapat jumpa pemain drum band itu
dan supervisor band itu datang dan kami semua berfikir yang perempuan remaja
itu mesti dapat V.I.P pass dan dia dapat jumpa mereka .
Kami semua ketawakan dia kerana tiada pernah pun kami telah lihat
orang yang pernah gilakan orang begitu .
Apabila kami sedang berjalan keluar ,
kami lihat banyak orang sedang mengumpul luar
ofis administrasi kerana mereka kata yang kumpulan The Click Five ,
akan keluar dari situ ,
saya , Alin , Juliana , Alexandra dan Belinda pun ke situ .
Tidak lama lagi , penjaga di situ , memanggil semua yang mengadakan
V.I.P pass atau yang telah menolong dalam konsert ini .
Mereka semua dapat masuk dan berbual bersama kumpulan menyanyi itu .
Saya dan rakan-rakan pun cemburu .
Kami semua pun pulang .
Ibu Alexandra datang menjemputnya pulang dan Belinda pun ikut sama
kerana ibu Alexandra menghantarnya pulang .
Saya , Alin dan Juliana pula , jalan ke Stesen Mrt ,
tetapi akhirnya sesat .
Kami pun telefon Kennedy .
Kami jumpa dengannya dan mengambil bas dengannya .
Alin dan Juliana mengambil bas yang sama selepas itu .
Kennedy pula turun dengan kawannya .
Saya keseorangan .
Pada masa itu ,
apabila saya sampai Stesen Mrt Doughby Ghaut sudah
11.35pm .
Leonard pula sudah pulang bersama kawannya .
Telefon bimbit saya tiada batteri lagi ,
saya pun sesat di Mrt ,
saya mengambil Mrt dan sampai ke Mrt Jurong East ,
dan masa itu sudah 12.50 pagi .
Saya di interchange bas dan menggunakan telefon di kedai itu ,
ibubapa saya datang dan memarahi saya ,
tetapi saya meminta maaf dengan mereka ,
pada masa itu ,
saya rasa semua kawan-kawan saya yang lain sudah di rumah
kecuali saya .
Walaupun saya dimarahi oleh ibubapa ,
hari itu adalah hari yang saya tidak akan lupai .
Saya juga ada gambar-gambar untuk hari itu .
Kumpulan The Click Five .
Penyanyi The Click Five.

Alexandra , Kennedy , Belinda , Alin , Saya dan Juliana .

Alexandra , Alin , Belinda , Leonard , Kennedy , Saya dan Juliana .
♥ Blow th candles out, looks like a solo tonight.
Dewasa ini, terdapat beberapa kes yang melibatkan penyalah-gunaan blog. Beberapa orang telah dikenakan tindakan undang-undang kerana telah mengeposkan komen-komen yang berunsur perkauman. Ada pula kes di mana para pelajar maktab rendah yang telah diberikan amaran setelah meletakkan komen-komen yang tidak berasas tentang guru mereka di blog peribadi mereka .Pandangan saya adalah memang betul yang sudah banyak
orang telah tindak undang-undah untuk mengeposkan
komen-komen di blog mereka tentang orang lain .
Mereka juga dikenal sebagai penyalah-gunaan blog .
Penyalah-gunaan blog ini selalu adalah para pelajar sekolah
atau remaja . Para pelajar ini selalu akan pos tentang
orang yang mereka begitu benci sangat iaitu guru-guru
atau kawan-kawan mereka . Remaja ini patut
tahu etika-ketika menulis blog kerana
mereka tidak tahu kalau orang yang dia tulis tentang itu
akan membacanya atau tidak .
Jika remaja-remaja ini tidak berwaspada ,
orang yang dia sedang tulis itu boleh mengambil tindakkan
dengan melaporkan kepada pihak polis dan masalah
ini boleh membawa ke hakim .
Sebagai pelajar , saya boleh menulis sebuah blog tetapi
tidak harus tulis buruk-buruk dan jika membenci orang
lain atau dendam dengannya , saya harus menyimpan
rahsia itu kepada diri saya sendiri dan tidak
boleh menulis itu di blog unuk menjadi seorang yang bijak dan beretika .
Thursday, July 10, 2008
♥ Blow th candles out, looks like a solo tonight.
Kotak 1 )
Ibu Bapa Kehilangan Pekerjaan .
Kotak 2 )
Masalah-masalah yang akan timbul .
Kotak 3 )
-tidak cukup wang .
-tidak cukup keperluan asas .
Kotak 4 )
Cara saya boleh membantu keluarga .
Kotak 5 )
-menyimpan duit .
-jangan membeli barang-barang yang tidak perlu/penting .
Kotak 6 )
Bagaimana sekolah boleh membantu ?
Kotak 7 )
-membayar untuk murid itu apabila ada excursion .
-tolong membayarkan murid untuk makanan di sekolah .
Kotak 8 )
Jalan Susah .
Kotak 9 )
-walaupun menggunakan masa yang lama , tidak akan ada banyak masalah .
-jika ambil jalan mudah , ia harus meminjam duit orang lain dan harus membayarnya balik secepat-cepatnya .
Wednesday, July 9, 2008
♥ Blow th candles out, looks like a solo tonight.
Ellysha Binte Alif Abdullah Ho
Blk 56 , West Coast Cresent
#03-11 , West Bay Condo
Singapura 128038
10.07.08
Yang diingati
Saudari Devi,
Dengan selamatnya
Saudari
Semasa saya menulis surat ini,
saya dan keluarga berada dalam kandungan,
sihat walafiat,
mudah-mudah bagi pihak saudari sekeluarga sihat-sihat
jua hendaknya.
Permainan tradisional menunjukkan sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kami .
Permainan tradisional juga boleh dikenali sebagai permainan rakyat .
Ada juga permainan yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya
diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja ,
tetapi kadang-kala permainan itu masih dimainkan lagi
oleh kanak-kanak sehingga hari ini .
Permainan yang terkenal dan selalu dimain oleh ramai orang ,
adalah Congkak , Wau , Batu seremban , Sepak Raga , gasing
tetapi saya mahu cerita dengan saudari tentang permainan
yang saya suka main dengan kawan-kawan atau dengan sepupu saya ,
iaitu Batu seremban .
Batu Seremban juga dikenali sebagai Permainan Selambut atau Serembat .
Ia selalu dimainkan di waktu lapang .
Permainan ini selalu dimain oleh kanak-kanak perempuan sahaja
secara individu atau berpasangan .
Ia selalu dimain secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih .
Biasanya ia sering menggunakan guli kaca , biji getah , ketul batu yang
kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat .
Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji .
Objek-objek ini dikenali sebagai buah .
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau
cara sambutan buah yang berlainan . Bermula dengan peringkat pertama
yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai
buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang
teratas dinamakan buah tujuh . Saya harap saudari sekarang tahu tentang
Batu seremban ini . Jika saudari datang ke Singapura , saya boleh bermain
permainan ini dengan saudari .
Saudari, saya fikir sampai sinilah surat saya untuk kali ini.
Hingga saya menulis di lain kesempatan,
sambutlah salam hormat daripada saya untuk saudari keluarga .
Yang benar
Ellysha Binte Alif Abdullah Ho
Monday, June 16, 2008
♥ Blow th candles out, looks like a solo tonight.

http://www.youtube.com/watch?v=P6LheEYHI0k
Filem Congkak ini adalah sebuah cerita "horror" yang menarik dan
ia dicipta oleh Direktor Ahmad Idham .
Pembebasan Filem itu adalah pada 15hb Mei 2008 .
Filem itu selama 1 jam tiga puluh sembilan minit . Dalam Filem itu ,
ada orang-orang terutamanya adalah ,
Riezman Khuzaimi yang berlakon sebagai ayahnya , Kazman .
Nanu Baharudin sebagai ibunya , Sufiah .
Erin Malek sebagai anak pertamanya , Elly .
Dan akhirnya ,
Erynn Erynna sebagai anak keduanya , Lisa .
Cerita ini semua bermula dengan Kazman yang
telah beli sebuah banglo dari kawannya .
Kawannya kata yang apabila mereka sudah sampai ,
seorang Pakcik bernama Pak Man akan
menunggu datangan di luar banglo itu .
Sufiah pula , telah berasa yang ada sesuatu yang tidak kena
dengan banglo itu apabila tengah perjalanan ke sana .
Beliau telah bermimpi yang sama setiap kali dia tidur ,
iaitu anaknya , Lisa ,
selalu bermain congkak bersama Opah .
Mimpi itu tidak lama menjadi kenyataan .
Setiap malam , Lisa akan bangun kerana mendengar Opah memanggil namanya
untuk bermain Congkak bersama beliau .
Sementara itu , ibunya , Sufiah juga akan bangun
dan mendengar suara Opah itu ,
tetapi apabila melihat cuma akan lihat Lisa yang seorang diri .
Pada hari kedua itu , ibunya tidak boleh menahan
lagi dan mengambil congkak itu .
Sufiah terus membuangnya ke dalam kolam berdekatan dengan bango mereka .
Pada hari keesokkan ,
Sufiah memberitahu Kazman dan mahu keluar daripada banglo itu
saat itu juga tetapi Kazman menolak permintaannya itu .
Selepas itu ,
Kazman bertolak ke sebuah kedai kopi keseorangan .
Apabila menunggu untuk pelayan mengambil apa yang dia
mahu , pelayan itu datang dan bertanya ,
"Encik , Encik tinggal kat rumah tu tak takut ke ?
Dah dua tahun tak ada satu orang pun yang berani tinggal kat situ . "
Kazman diam dan buat bodoh .
Pada masa itu ,
Sufiah baru sahaja habis mandi dan sedang menuju ke bawah .
Pada masa itu ,
dia dengar bunyi congkak dan terperanjat .
Rasa curiga membuat Sufiah mencari tahu apa
atau siapa yang sedang main congkak itu .
Alangkah terperanjat apabila dia lihat Opah sedang main congkak .
Sufiah lari ke ruang tamu tetapi pengsan .
Kazman pula baru sampai ke luar banglo dan lihat Lisa
bermain seorang diri .
Dia tanya dengan Lisa kenapa Lisa bermain seorang diri
dan Lisa menjawab yang dia sedang bermain dengan kawannya .
Kazman lihat ke sini dan sana tetapi tiada orang
dan menyuruh Lisa masuk ke dalam rumah .
Apabila mereka di dalam ,
Kazman terkejut melihat isterinya ,
Sufiah , baring di lantai .
Dia membawa Sufiah ke bilik dan menyuruh dia rehat .
Pada malam itu ,
hanya Kazman , Lisa dan Elly yang tinggal untuk makan malam .
Makanan semua sudah siap di meja kecuali gelas .
Kazman pun menyuruh Elly mengambil gelas di dapur .
Apabila Elly di dapur untuk mengambil gelas ,
dia memekik sekuat-kuatnya kerana melihat Opah di luar
tingkap .
Kazman terus datang melari ke Elly dan memujuknya .
Apabila mereka mahu menuju balik ke meja ,
Lisa hilang .
Mereka berdua ,
tiba-tiba nampak pintu itu telah dibuka .
Kazman menyuruh Elly naik atas ke ibunya .
Kazman pergi ke luar dan lihat Lisa berdiri seorang
dan sedang melihat ke suatu tempat di dalam hutan .
Kazman pun bertanya ,
" Lisa , kenapa Lisa diri dekat sini malam-malam ? "
Lisa menjawab ,
" Kawan Lisa kata , dia nak main dengan Lisa . "
Kazman berkata ,
" Malam-malam ni maner ader orang . "
Lisa pun berkata ,
" Kawan Lisa bilang dia tinggal dekat situ . "
Lisa pun menunjuk jarinya ke tempat
yang dia sedang lihat .
Kazman terperanjat kerana
tempat itu adalah kubur yang dah lama .
Kazman pun lekas-lekas menyuruh Lisa masuk ke dalam rumah .
Pada malam itu ,
Elly dan Lisa tidur satu katil dengan ibunya
dan Kazman pula ,
duduk di kerusi berdekatan dengan katil mereka .
Kazman tidak mahu tidur kerana takut apa-apa akan jadi .
Tidak lama kemudian ,
Kazman tertidur
tetapi untuk sementara sahaja
kerana diganggu tidur oleh nangisan seseorang atau benda .
Kazman curiga dan pergi ke arah nangisan itu .
Pada waktu itu ,
Lisa juga terbangun mendengar Opah memanggilnya .
Selepas Lisa keluar dari bilik ,
Elly pula yang bangun .
Elly mengejut ibunya tetapi tidak hasil .
Elly turun dari katil dan terpijak kelip rambut yang besar .
Dia pun tunduk untuk mengambilnya .
Sementara itu ,
Kazman sampai ke nangisan itu
dan terperanjat kerana melihat Opah sebelah besin .
Tiba-tiba ada seseorang lari di belakang Kazman ,
apabila dia pusing tiada orang dan pusing ke arah Opah
lagi tetapi Opah juga sudah hilang .
Tiba-tiba Kazman mendengar Elly menjerit
kerana ditarik oleh benda di bawah katil apabila
sedang mengambil kelip rambut itu .
Kazman lari ke bilik secepat-cepatnya
dan apabila dia buka pintu ,
Elly dan Lisa sudah hilang
dan Sufiah pula ,
terbang atas katil .
Kazman naik takut dan mahu lari keluar rumah .
Apabila Kazman membuka pintu ,
seorang Tok yang berpakaian baju kurung dan songkok
berdiri di depan Kazman .
Kazman terkejut dan memarahinya dan bertanya siapa dia .
Tok itu menjawab yang masa sudah sampai dan
hanya Kazman boleh menolong keluarganya .
Kazman menuduh-nuduh Tok itu
tetapi mendengar cakap Tok itu .
Mereka menuju ke dalam rumah
dan Tok itu mengisi segelas air dan membaca ayat-ayat
ke air itu dan kasih kepada Kazman .
Kazman minumnya dan Tok
bertanya dimana yang lain .
Kazman kata yang mereka di atas ,
Tok dan Kazman menuju ke bilik
dan apabila di situ ,
Tok mula membaca ayat untuk menurunkan Sufiah
dan menyuruh Kazman siap mengambil Sufiah .
Sufiah dilepas dan dibawa ke bawah
dan dia sedar .
Sufiah mula panik kerana
anak-anak mereka ,
Elly dan Lisa masih ada di dalam .
Kazman memujuknya dan lari ke atas lagi .
Tok menyuruh dia pergi ke tepi katil untuk mengambil anaknya ,
Elly .
Tidak lama kemudian ,
Elly keluar daripada bawah katil .
Kazman mengangkatnya dan lari ke bawah ke Sufiah .
Tok itu pun turun dan tutup pintu banglo .
Kazman lari ke Tok dan memberitahu Lisa masih di dalam .
Tok berkata yang Lisa bukan di dalam tetapi
sudah dibawa pergi oleh Opah .
Pada malam itu ,
Tok memberitahu kalau mahu tidur cuma boleh tidur di tengah
ruang tamu sahaja
tetapi mereka semua tidak boleh tidur
kerana risau memikirkan Lisa .
Tidak lama kemudian ,
Tok tahu apa yang boleh dilakukan .
Dia menyuruh Elly , Sufiah dan Kazman
duduk di belakang Tok
dan jangan buat apa-apa kalau tidak disuruh Tok .
Tok mula membaca ayat-ayat
dan mencari kawasan mereka berada dan membaca lagi .
Tidak lama kemudian ,
Opah dan Lisa datang ,
Tok cuba menahannya dan menyuruh
Kazman mengambil Lisa secepat-cepatnya .
Lisa nangis terisak-isak apabila
kembali kepada keluarganya kerana ketakutan .
Tok pun membuat tanah berpecah dua
dan letak Opah di dalam tanah dan tutup tanah itu .
Mereka semua berterimakasih dengan Tok itu .
Pada hari keesokkan ,
mereka sekeluarga berangkat pulang .
Apabila dalam perjalanan ,
Kazman menerima panggilan daripada
kawannya yang menjual banglo itu
dan bertanya dengan Kazman mana dia telah pergi
selama ini kerana Pak Man menunggu kedatangan mereka
sudah lama .
Kazman terkejut dan tidak cakap apa-apa dan letak telefon .
Maksudnya ,
selama ini ,
mereka telah ke rumah yang salah
tetapi saya telah menyimpan soalan ni kepada diri saya sendiri .
Di satu scene dalam Filem itu ,
apabila mereka baru sampai banglo itu ,
Lisa mahu ke tandas dan Kazman memberi kunci kepada Sufiah
tetapi mereka ke rumah yang salah .
Tidak mungkin yang kunci itu boleh muat kedua-dua rumah ?
Tidak kan ?
Selain itu ,
Pelakon yang saya suka adalah Erynn Erynna , Lisa ,
kerana dia boleh menjadi sangat emosi
dan dia sangat comel .
Saya rasa cerita ini lebih baik daripada
Jangan Pandang Belakang
kerana bunyi efeksnya lebih mengejutkan .
Saya rasa orang-orang yang suka filem horror dan yang mengejutkan ,
nonton filem congkak .
Labels: filem congkak .